1. Senyum itu tanda kemesraan,
diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian.
Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan
maruah
diri.
diri.
2. Setiap kesalahan yang
dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,
kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan
selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan
penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali
orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda
orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong
percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di
mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu
majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada
tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat
marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang
yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat
yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu
adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua
inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan
lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita
sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita
dengan Allah, ini adalah hakNya pula.
10. Apabila rasa senang dengan
pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
0 comments:
Post a Comment